Archive for December, 2009

31
Dec

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

   Ditulis oleh: Dato' Ibrahim    Kategori: Umum

TahunBaru_Banner

Alhamdulillah, saya bersyukur ke-hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan izin-Nya sekali lagi kami dapat menyambut Tahun Baru bersama. Selaras dengan semangat Tahun Baru marilah kita semua mempertingkatkan azam untuk membawa negara kita ke mercu kejayaan yang lebih tinggi. Insya-Allah dengan usaha yang lebih gigih, dan disiplin yang tinggi serta dengan berpegang kepada nilai-nilai hidup yang murni, negara kita akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun hadapan.

24
Dec

Selamat Menyambut Hari Krismas

   Ditulis oleh: Dato' Ibrahim    Kategori: Umum

Christmas_Banner

Dengan memperingatkan akan asas kebebasan beragama di Malaysia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Hari Krismas kepada warga Jabatan Muzium Malaysia serta pelawat blog JMM yang beragama Kristian. Saya berasa gembira sambutan perayaan Hari Krismas di negara kita dapat diadakan dalam suasana tenang, rakyat hidup selesa dan bebas. Rakyat kita amat bertuah kerana kita selalunya bersikap sederhana dan toleran antara satu sama lain walaupun jika menganut agama yang berlainan.

17
Dec

Salam Maal Hijrah

   Ditulis oleh: Dato' Ibrahim    Kategori: Umum

Salam Maal Hijrah

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh warga Jabatan Muzium Malaysia serta pelawat blog JMM. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa & raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita

16
Dec

Penyampaian Cendermata kepada Orang Asli

   Ditulis oleh: Admin    Kategori: Galeri

15
Dec

Mencari Herba Bersama Orang Asli

   Ditulis oleh: Admin    Kategori: Galeri

Laman 1 dari 212