
Tarikh pameran: 26 Februari 2010 – 28 Mac 2010
Tempat: Muzium Negara.
Asal usul nama seramik yang berkaitan dengan kerajaan Yunani menggambarkan ketamadunan manusia sejak berzaman hingga kini. Walaupun China mendominasikan gelaran ‘seramik’ khususnya di abad 14 hingga 19, namun secara universalnya ia telah dianggap lambang kepada bahan keperluan, status, perhubungan dagangan, keagamaan dan rekod catatan berkaitan kehidupan manusia sejak zaman pra-sejarah lagi. Berpaksikan kepada bahan asas iaitu tanah liat, ia berkembang melalui penggunaan istilah moden yang merangkumi bahan bukan logam dan bukan organik termasuk jubin, simen, kaca, batu-bata dan sebagainya.
Di negara ini, tembikar atau seramik yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses termasuk melalui teknik pembuatan dan pembakaran turut menempatkan artifak unik ini sebagai pencatat sejarah dan budaya negara. Samada bentuk fizikalnya adalah cawan, mangkuk, pinggan, kendi, pasu dan sebagainya ianya tetap menjadi pelengkap dalam perjalanan dan kitaran hidup masyarakat di negara ini. Dikenali dengan pelbagai nama, wujud perbezaan dari segi gelaran, bentuk, motif dan penggunaan yang disebabkan oleh pengaruh adat, budaya dan asimilasi daripada penduduk setempat.



1Malaysia
Facebook Muzium Negara
Portal Jabatan Muzium Malaysia
Twitter Jabatan Muzium Malaysia
6 comments so far
Kirim komen anda