1
Mar

Pameran Mamalia Malaysia

   Ditulis oleh: Admin   Kategori: Umum

Promo Koleksi Islam

Tarikh pameran: 1 Februari 2010 – 31 Julai 2010
Tempat: Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan ia menjadi habitat kepada 280 spesies haiwan mamalia. Mamalia merupakan haiwan bertulang belakang yang mempunyai ciri-ciri berdarah panas, badan berbulu, mengandung dan melahirkan anak, mempunyai kelenjar peluh dan kelenjar susu bagi haiwan betina. Pameran ini akan menampilkan haiwan-haiwan mamalia yang terpilih dari bersaiz kecil hingga besar untuk diamati dan dipelajari oleh para pengunjung. Antara tarikan menarik adalah rangka ikan paus Bryde, iaitu spesies yang dijumpai terdampar di pantai Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 Februari 2005. Selain itu, haiwan yang terlindung dan diambang kepupusan seperti ”Pak Belang”, beruang, kambing gurun dan fosil hidup iaitu tapir turut dipamerkan.

Artikel ini telah ditulis pada Monday, March 1, 2010 - 5:00 pm di bawah kategori Umum. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui RSS 2.0 feed.

5 comments so far

 1 

pada 21 mac 2010,saya dan kluarga prgi ke putrajaya untuk melawat muzium ini,tapi betapa kecewanya saya kerana saya tidak menjumpai muzium ini,saya pun kemudiannya balik,bila sampai nk exit putrajaya,saya pun menggunakan mobile internet utk kpastian.terkejut saya,rupa2nya terletak di persint 15.puas saya mencari d’persint 5 rupanya d’persint 15. Saya pasti,akn mengunjungi muzium itu pada minggu dpn.p/s-ada gajah x di muzium tersbut.?jgn lupe! Buat papantanda ke muzium trsbut.

March 21st, 2010 at 6:57 pm
Admin
 2 

Terima kasih atas komen yang diberikan. Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Saudara Hareez boleh merujuk kepada laman web Jabatan Muzium Malaysia di http://www.jmm.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai Pameran Mamalia Malaysia dan juga maklumat-maklumat mengenai pameran-pameran lain.

Terima Kasih

March 22nd, 2010 at 10:33 am
Abu Syeiham
 3 

Kenapa pihak muzium tidak memasukkan gambaran lengkap keadaan di sana dalam internet.seperti gambar-gambar binatangnya yang dipamerkan..aktiviti sepanjang pameran berlansung dan juga bayaran masuk. terima kasih kerana diadakan pameran untuk rakyat malaysia.

April 1st, 2010 at 3:57 pm
Admin
 4 

Terima Kasih atas komen saudara mengenai Pameran Mamalia. Pihak kami mengambil maklum hal ini. Kami akan cuba untuk meningkatkan lagi maklumat-maklumat yang ada di laman web kami.

Terima Kasih
Kunjungilah Muzium

April 3rd, 2010 at 1:26 pm
 5 

best pameran ni..tambahan pulak ada pameran rangka ikn paus..mesti mendapat sambutan

May 28th, 2010 at 12:27 pm

Kirim komen anda

Nama (*)
E-mel (tidak akan dipamerkan) (*)
URI
Komen