Archive for August, 2010

Salam Merdeka dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-53 pada tahun ini. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., kerana sekali lagi kita telah diberi kesempatan untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara kita. Tidak ada yang lebih berharga daripada mengecapi nikmat kemerdekaan ini dalam keadaan aman dan sejahtera. Satu nikmat yang tidak semua bangsa di dunia ini dapat mengecapinya walaupun mungkin mereka telah merdeka daripada cengkaman penjajahan. Justeru, kerana itu, kita seharusnya bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang telah membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada bangsa dan negara Malaysia.

Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita diketemukan sekali lagi di bulan Ramadhan Al Mubarak, bulan yang mulia yang tersirat di dalamnya kerahmatan dan keampunan. Izinkan saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat illahi kerana telah dikurniakan kesihatan tubuh badan yang membolehkan saya menunaikan tanggunjawab berpuasa. Saya mengharapkan kita semuanya dapat menunaikan ibadah ini dengan tenang dan mengambil kesempatan keatas fadhilat-fadhilat yang tersirat disepanjang bulan ini. Semoga dimanfaatkan bulan ini buat semua umat Islam. Akhir kata saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah berpuasa. Semoga segala ibadah kita dirahmati oleh Nya.





1Malaysia
Facebook Muzium Negara
Portal Jabatan Muzium Malaysia
Twitter Jabatan Muzium Malaysia