Archive for August 27th, 2010

Salam Merdeka dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-53 pada tahun ini. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., kerana sekali lagi kita telah diberi kesempatan untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara kita. Tidak ada yang lebih berharga daripada mengecapi nikmat kemerdekaan ini dalam keadaan aman dan sejahtera. Satu nikmat yang tidak semua bangsa di dunia ini dapat mengecapinya walaupun mungkin mereka telah merdeka daripada cengkaman penjajahan. Justeru, kerana itu, kita seharusnya bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang telah membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada bangsa dan negara Malaysia.



1Malaysia
Facebook Muzium Negara
Portal Jabatan Muzium Malaysia
Twitter Jabatan Muzium Malaysia