Archive for August, 2011

28
Aug

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

   Ditulis oleh: Admin    Kategori: Umum

25
Aug

Khazanah Dasar Laut

   Ditulis oleh: Admin    Kategori: Keratan Akhbar

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan kasiman@kosmo.com.my
Kosmo Ahad 21 Ogos 2011

RATUSAN tahun dahulu, ribuan kapal telah belayar merentasi Selat Melaka dan Laut China Selatan. Destinasi mereka adalah untuk mencari tanah baharu namun sebahagian besar daripadanya ingin berdagang dengan dunia luar. Tidak hairanlah pada abad ke-15, perairan laut negara dipenuhi kapal yang membawa banyak barang dagangan. Sungguhpun begitu, tidak semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju.Ada kapal yang karam di lautan sama ada disebabkan bocor terlanggar batu karang, dibedil dalam peperangan atau dipukul ribut. Sejak dari zaman penjajahan Portugis, Belanda, British sehinggalah ke Jepun, semakin banyak kapal yang membawa pelbagai harta karam di perairan negara. Pakar arkeologi yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Dr. Adi Taha pernah berkata, keadaan geografi dan sejarah perdagangan di Tanah Melayu menyebabkan ia memiliki banyak khazanah maritim berupa kapal karam dan harta karun. “Bagaimanapun, ia bukanlah jongkong atau berlian sebaliknya pinggan mangkuk yang diperbuat daripada seramik, tembikar, senjata, wang syiling selain pelbagai barang dagangan pada zaman itu,” katanya.
Read the rest of this entry »

17
Aug

Pameran Khazanah Kapal Karam di Muzium Negara

   Ditulis oleh: Admin    Kategori: Keratan Akhbar

SEBAHAGIAN orang ramai yang berkunjung ke Muzium Negara. Kuala Lumpur menyaksikan Pameran Khazanah Kapal Karam yang bermula hari ini

KOSMO!
Selasa 16 Ogos 2011

KUALA LUMPUR – Muzium Negara buat pertama kali menganjurkan pameran artifak kapal karam kepada orang ramai mulai semalam. Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, sebanyak 204 artifak daripada 13 kapal karam yang ditemui dipamerkan. “Tujuan pameran ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan ilmu kepada orang ramai mengenai sejarah silam termasuk yang pernah berlaku di perairan Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini. Menurut Ibrahim, orang ramai dapat melihat sendiri keajaiban artifak menerusi barang-barang yang ditemui di dasar laut. “Selain artifak, barang-barang penghantaran perkahwinan yang kekal dalam bentuknya walaupun berada di dasar laut selama ratusan tahun juga akan dipamerkan,” ujarnya.
Read the rest of this entry »

17
Aug

Kuaci Ratusan Tahun Masih Elok

   Ditulis oleh: Admin    Kategori: Keratan Akhbar

Orang ramai mengunjungi Muzium Negara untuk menyaksikan Pameran Khazanah Kapal Karam yang bermula semalam

UTUSAN MALAYSIA
Selasa 16 Ogos 2011
Oleh MOHD. FAHMI ZAKI

KUALA LUMPUR 15 Ogos Kuaci hitam berusia beratus tahun dan masih berada dalam keadaan baik merupakan antara artifak yang dipamerkan pada Pameran Khazanah Kapal Karam di Muzium Negara yang bermula hari ini sehingga 15 Oktober ini. Makanan tersebut dijumpai dalam keadaan masih baik dan bertaburan di dalam salah sebuah kapal yang karam di dasar lautan. Kuaci itu merupakan antara 240 artifak yang ditemui dari 13 buah kapal yang tenggelam di sekitar perairan negara sejak 1380-an dan kini dipamerkan di muzium berkenaan.
Read the rest of this entry »

17
Aug

Bicara Tekstil @ Muzium Tekstil Negara

   Ditulis oleh: Admin    Kategori: Umum

Ceramah akan dikenakan bayaran RM20. Ini termasuk kain samping yang akan dibekalkan sebagai kenang-kenangan

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Laman 1 dari 3123