10
Jan

Pameran Khazanah Kapal Karam di Muzium Negara

   Ditulis oleh: Admin   Kategori: Keratan Akhbar

Sumber : Business Kini

Sebagai sebuah institusi yang menjaga dan memelihara khazanah barangan lama dan purba. Pihak Jabatan Muzium Negara yang diterajui oleh Pengarahnya Datuk Ibrahim Ismail, terus mencari pelbagai alternatif untuk mempopularkan Muzium negara dan berusaha membawa perubahan dan pembaharuan dalam mempamerkan pelbagai barangan lama dan purba untuk dijadikan sebagai barangan pameran bagi menarik kunjungan orang ramai untuk berminat mengunjungi Muzium negara.

Dato' Ibrahim Ismail


Sepanjang bulan kemerdekaan bermula dari 15 Ogos 2011 hingga 31 Januari 2012, Jabatan Muzium Malaysia akan mempamerkan pameran ‘Keajaiban Khazanah Kapal Karam’ yang mengandungi pelbagai artifak lama yang ditemui di dalam 14 buah kapal karam di Perairan Malaysia. la merupakan satu keajaiban yang boleh dinilai oleh kita apabila datang melihatnya sendiri apa yang dipamerkan di ruangan legar Muzium negara, yang di buka bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang.


Pemeran tersebut menjelaskan tentang teknik dan kepentingan arkeologi maritim dalam usaha untuk memahami sejarah silam melalui analisis terhadap kapal-kapal karam dan artifak-artifak yang terdapat di dalamnya. Selain untuk pameran ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa kapal karam adalah kapsul masa yang mengandungi banyak misteri kepada negara. la juga sesuai bagi mereka yang cintakan kepada sejarah silam serta tempat untuk menjadi rujukan kepada pengkaji sejarah dan mereka yang cintakan kepada artifak keajaiban alam barangan yang ditinggalkan.

Antara artifak yang terdapat di Pameran Khazanah Kapal Karam


Mangkuk tembikar lama


Segalanya boleh ditemui di pamaeran yang diadakan di Muzium Negara, kita tidak perlu lagi berteka teki untuk meninjau sendiri ke dasar laut untuk mengetahui mengenai artifak barangan lama yang ada didalamnya. Dengan hanya memakan masa beberapa jam melawat pameran dan melihat sendiri segala artifak yang dipamerkan, kita sudah mendapat jawapan dan hasilnya. Inilah kelebihan dan manfaatnya Muzium negara yang ada menyimpan segala khazanah baru dan lama. Memberi kita inspirasi menyelami sejarah silam yang penuh dengan keajaiban yang boleh dinilai oleh diri kita sendiri. Untuk mengetahuinya datanglah berkunjung ke Muzium Negara.

Artikel ini telah ditulis pada Tuesday, January 10, 2012 - 10:26 am di bawah kategori Keratan Akhbar. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui RSS 2.0 feed.

2 comments so far

 1 

Banyak juga aktiviti yang pameran yang dianjurkan oleh muzium negara kita. Tapi bukan semua berkesempatan untuk berkunjung ke sana. Antara masalah yang mungkin dihadapi ialah berkenaan dengan pengangkutan.

Bukan semua ada kenderaan yang boleh digunakan untuk ke muzium negara. Walaupun ada kenderaan awam, mereka juga terbatas oleh kekangan waktu dan lain-lain perkara.

Tapi kalau hendak, seribu daya. :-)

January 11th, 2012 at 1:56 pm
 2 

harap benda macam nie dteruskan iklan kat mana2…

agar anak2 bangsa kita dapat mengenali keagungan bangsa kita sejak zaman berzaman.

guna segala media termasuk rtm…

kalau nk seribu daya

January 25th, 2012 at 4:46 pm

Kirim komen anda

Nama (*)
E-mel (tidak akan dipamerkan) (*)
URI
Komen