Archive for the ‘Keratan Akhbar’ Category

12
Aug

Mengenang Perjuangan Bahasa Za’ba

   Ditulis oleh: Admin

Oleh AMINUDIN MANSOR
Akhbar : Harian Metro
Tarikh : 31 Julai 2011

KEMAJUAN sesuatu bangsa adalah berpaksikan atau berakar umbi atas daya usaha bangsanya yang terdahulu mengasaskan dan menegakkan sesebuah tamadun bangsa. Sesuatu bangsa itu tidak wujud dan berjaya jika tiada mereka yang berwibawa mengasasnya.

Dalam apa bidang seperti ilmu, pendidikan, politik, sastera, bahasa, budaya dan ekonomi mempunyai pengasasnya yang hebat yang telah meletakkan batu asas iaitu membina kejayaan seperti yang kita nikmati hari ini. Kita harus banyak belajar daripada sejarah perjuangan bangsa kita. Bangsa yang tidak menghargai perjuangan tokoh bangsanya yang terdahulu tidak akan berjaya dan maju.
Read the rest of this entry »

5
Aug

Waktu Operasi Muzium Disingkatkan

   Ditulis oleh: Admin

UTUSAN MALAYSIA
RABU 3 OGOS 2011

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Waktu operasi muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia sepanjang bulan Ramadan adalah dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang. Menurut kenyataan Jabatan Muzium Malaysia hari ini perubahan waktu ini bertujuan memudahkan warga kerja muzium membuat persiapan untuk berbuka puasa. Muzium terlibat ialah Muzium Negara, Muzium Sungai Lembing (Pahang), Muzium Automobil Nasional Sepang, Muzium Lukut (Negeri Sembilan) dan Muzium Kota Kuala Kedah (Kedah). Semua muzium berkenaan akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Puasa. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.jmm.gov.my. – BERNAMA

14
Jul

Gedung Ilmu Alam di Putrajaya

   Ditulis oleh: Admin

Akhbar : Sinar Harian
Oleh : Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan

Bosannya pergi muzium… Suasana dingin dan sunyi terasa kaki ingin cepat melangkah keluar. Apatah lagi bahan yang dipamerkan statik dan tiada interaksi yang dapat menarik perhatian pengunjung. Namun jika nikmati suasana tersebut untuk menghayati setiap artifak yang dipamerkan, terasa diri dibawa ke dunia lain untuk mengenal lebih dekat apa yang menarik mengenainya. Bagi mereka yang mencinta ilmu dan ingin menerokai dalam bidang, muzium adalah salah satu pilihan tempat terbaik untuk dijadikan rujukan dan menimba ilmu. Tahukah anda Muzium Alam Semula Jadi (MAS) yang terletak di Presint 15, Putrajaya boleh menjadi gedung ilmu kepada pengunjung. Mempunyai pelbagai sektor pameran, pengunjung sudah tentunya akan ‘mempelajari dan menambah’ pengetahuan baru.
Read the rest of this entry »

Mula berkhidmat dengan kerajaan mulai 7 September 1973 dan sejak 1 November 1991 mula menabur khidmat di Jabatan Muzium Malaysia sehinggalah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Pengarah mulai 1 Mac 2008. Datuk Ibrahim Ismail menyatakan bahawa tugas yang disandang itu tidak hanya terhad kepada aspek permuziuman, malah merangkumi pelbagai urusan pentadbiran, kewangan serta pengurusan sumber manusia. Pelbagai dugaan dan cabaran telah ditempuhi Ibrahim sepanjang berkhidmat dengan Jabatan Muzium Malaysia terutamanya dalam menjadikan muzium-muzium di bawah kendalian beliau sebagai daya tarikan dan destinasi utama pelancongan di negara kita seperti diceritakan kepada wartawan NORHAFIZAN ZULKIFLI ketika bertemu di pejabatnya, baru-baru ini.
Read the rest of this entry »

22
Jun

Pegangan Mistik Orang Asli

   Ditulis oleh: Admin

Oleh : NURAINN AZHAR
Akhbar : Sinar Harian

Mimpi, roh, adat, mitos dan sistem kosmologi terlalu sinonim dalam kehidupan seharian masyarakat orang asli sehingga kini. Kemajuan sesebuah negara dalam segala aspek tidak pernah menjadi penghalang mereka untuk teruskan amalan tradisi dan kepercayaan yang diturunkan daripada nenek moyang sejak dahulu kala. Roh dan semangat dijadikan sebagai asas kepercayaan. Bertitik tolak dari kepercayaan animisme, kini masyarakat Orang Asli sedang mengalami dinamisme. Tidak menolak kepada kemajuan dan pembangunan tetapi selari dengan wawasan dan aspirasi negara menuju sebuah negara maju serta moden dan mereka juga tidak ketinggalan. Di sebalik penerimaan arus pemodenan, Orang Asli masih tetap teguh memelihara warisan dan terus kental mempertahankan tradisi nenek moyang mereka. Masyarakat kita umum menyedari akan kewujudan komuniti tersebut tetapi tidak mendapat gambaran jelas berkaitan rutin seharian kehidupan Orang Asli. Menyedari hakikat itu, Muzium Negara mengambil inisiatif untuk menganjurkan pameran Orang Asli bertemakan “Kepercayaan dan Tradisi” bermula dari 20 April hingga 21 Jun depan. Pengunjung dapat merasai suasana kehidupan dan rutin harian Orang Asli sepanjang berada di pameran itu berikutan dekorasi yang disediakan seakan-akan berada dalam perkampungan mereka.
Read the rest of this entry »

Laman 5 dari 15« First...3456710...Last »