Ditulis oleh: Dato' Ibrahim

Sebagaimana biasa, tiap-tiap tahun masyarakat Tiong Hua di negara ini, bersama masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan meriah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya. Semoga tahun 2010 ini yang dikenali sebagai “The Year of The Tiger” di kalangan masyarakat Cina akan membawa lebih banyak kemajuan dan kemakmuran bukan sahaja kepada masyarakat Cina sendiri tetapi juga kepada seluruh rakyat jelata di negeri ini.
Ditulis oleh: Dato' Ibrahim

Alhamdulillah, saya bersyukur ke-hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan izin-Nya sekali lagi kami dapat menyambut Tahun Baru bersama. Selaras dengan semangat Tahun Baru marilah kita semua mempertingkatkan azam untuk membawa negara kita ke mercu kejayaan yang lebih tinggi. Insya-Allah dengan usaha yang lebih gigih, dan disiplin yang tinggi serta dengan berpegang kepada nilai-nilai hidup yang murni, negara kita akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun hadapan.
Ditulis oleh: Dato' Ibrahim

Dengan memperingatkan akan asas kebebasan beragama di Malaysia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Hari Krismas kepada warga Jabatan Muzium Malaysia serta pelawat blog JMM yang beragama Kristian. Saya berasa gembira sambutan perayaan Hari Krismas di negara kita dapat diadakan dalam suasana tenang, rakyat hidup selesa dan bebas. Rakyat kita amat bertuah kerana kita selalunya bersikap sederhana dan toleran antara satu sama lain walaupun jika menganut agama yang berlainan.