Akhbar : Sinar Harian
Pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza sudah pun selamat diijabkabulkan, tetapi kontroversi mengenai mereka masih belum berkesudahan.
Baru saja reda isu pertikaian kos resepsi di ibu kota, bernilai RM12 juta tajaan Rafflesia, muncul pula isu mengenai pakaian pengantin mereka.
Rancangan untuk mempamerkan pakaian pengantin bertatahkan mutiara dan kasut rekaan Prof Datuk Jimmy Choo di Muzium Negara mendapat bantahan, malah ramai mempertikaikan kepentingan pasangan berkenaan hingga layak menerima penghargaan sebegitu tinggi.
Baca selanjutnya… »

DIORAMA Gua Cha.
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noroini.razak@utusan.com.my
Foto MUZIUM NEGARA
BUKAN sesuatu yang mustahil ada kalangan rakyat Malaysia tidak pernah mengunjungi Muzium Negara. Bangunan yang dibuka pada tahun 1963 itu sarat dengan warisan sejarah negara bangsa. Bukan setakat itu, banyak lagi bahan-bahan menarik dipamerkan yang sepatutnya menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang ke situ. Menggunakan konsep hampir sama dengan muzium-muzium lain seluruh dunia, Muzium Negara menempatkan Galeri A berkisar kepada bahan-bahan serta sejarah awal evolusi pembentukan muka bumi dan segala maklumat serta bukti-bukti tinggalan kebudayaan masyarakat awal di Malaysia.
Baca selanjutnya… »
Ditulis oleh: Admin Kategori: Umum

Muzium Negara
16 September- 14 Oktober 2011
Ditulis oleh: Admin Kategori: Umum

IBRAHIM Ismail adalah penggerak utama untuk menjayakan pameran bertajuk Keajaiban Khazanah Kapal Karam di Muzium Negara, Kuala Lumpur
Oleh NUR NAZLINA NADZARI
Utusan Melaysia
12 September 2011
KUALA LUMPUR ll Sept. Perairan negara ini sememangnya kaya dengan seribu satu misteri dan di dasarnya terkandung sejarah penting yang membuktikan kegemilangan sesuatu peradaban pada suatu ketika dulu. Kapal merupakan medium penting pada zaman dahulu yang berfungsi sebagai pengangkutan untuk menghubungkan sesuatu peradaban melalui aktiviti-aktiviti perdagangan antara sesebuah kerajaan. Bermula 15 Ogos sehingga 1 Januari 2012 ini, Muzium Negara mengembalikan kegemilangan zaman tersebut dengan mempamerkan 240 artifak yang ditemui dari 13 buah kapal karam di sekitar perairan negara yang pasti memberikan pengalaman berharga terutamanya kepada peminat sejarah. Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pameran yang bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang dengan bayaran RM3 itu diadakan bagi memaparkan penemuan terbaharu koleksi kapal karam yang ditemui di beberapa lokasi di negara ini.
Baca selanjutnya… »