Ditulis oleh: Admin Kategori: Umum

Pameran Spesies Marin Beracun
Muzium Marin Labuan
15 Ogos 2011 – 15 Oktober 2011
Ditulis oleh: Admin Kategori: Umum

Pameran Keajaiban Khazanah Kapal Karam
Galeri 2 Muzium Negara
15 Ogos 2011 – 1 Januari 2012
PENGENALAN
Perairan Malaysia merupakan salah satu laluan penting di dunia. la telah digunakan oleh para pedagang dari China, Siam, India, Parsi, Tanah Arab dan Nusantara sejak awal kurun Masihi lagi atau lebih lama dari itu. la bukan sahaja menjadi tali penghubung tamadun manusia sejagat, tetapi turut merakamkan banyak kisah tragis yang menenggelamkan banyak kapal.
Usaha-usaha untuk mencari dan mengenal-pasti lokasi kapal karam ini telah dilakukan sejak tahun 1980-an oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Kerja-kerja yang sistematik dan mengikut kaedah arkeologi maritim bermula pada tahun 1995 apabila Jabatan Muzium dan Antikuiti membuat salvaj terhadap kapal perang Belanda, Nassau di Port Dickson, Negeri SembiIan.
Baca selanjutnya… »
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Pameran Keajaiban Khazanah Kapal Karam yang bermula Isnin ini dan berakhir 15 Okt depan, bakal menampilkan 240 artifak daripada 13 kapal yang karam di sekitar perairan negara.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Ibrahim Ismail berkata pameran yang diadakan di Galeri 2, Muzium Negara di sini kebanyakannya menampilkan artifak jenis seramik.
Baca selanjutnya… »

Oleh AMINUDIN MANSOR
Akhbar : Harian Metro
Tarikh : 31 Julai 2011
KEMAJUAN sesuatu bangsa adalah berpaksikan atau berakar umbi atas daya usaha bangsanya yang terdahulu mengasaskan dan menegakkan sesebuah tamadun bangsa. Sesuatu bangsa itu tidak wujud dan berjaya jika tiada mereka yang berwibawa mengasasnya.
Dalam apa bidang seperti ilmu, pendidikan, politik, sastera, bahasa, budaya dan ekonomi mempunyai pengasasnya yang hebat yang telah meletakkan batu asas iaitu membina kejayaan seperti yang kita nikmati hari ini. Kita harus banyak belajar daripada sejarah perjuangan bangsa kita. Bangsa yang tidak menghargai perjuangan tokoh bangsanya yang terdahulu tidak akan berjaya dan maju.
Baca selanjutnya… »
Ditulis oleh: Admin Kategori: Video