
Akhbar : Sinar Harian
Oleh : Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan
Bosannya pergi muzium… Suasana dingin dan sunyi terasa kaki ingin cepat melangkah keluar. Apatah lagi bahan yang dipamerkan statik dan tiada interaksi yang dapat menarik perhatian pengunjung. Namun jika nikmati suasana tersebut untuk menghayati setiap artifak yang dipamerkan, terasa diri dibawa ke dunia lain untuk mengenal lebih dekat apa yang menarik mengenainya. Bagi mereka yang mencinta ilmu dan ingin menerokai dalam bidang, muzium adalah salah satu pilihan tempat terbaik untuk dijadikan rujukan dan menimba ilmu. Tahukah anda Muzium Alam Semula Jadi (MAS) yang terletak di Presint 15, Putrajaya boleh menjadi gedung ilmu kepada pengunjung. Mempunyai pelbagai sektor pameran, pengunjung sudah tentunya akan ‘mempelajari dan menambah’ pengetahuan baru.
Baca selanjutnya… »

Mula berkhidmat dengan kerajaan mulai 7 September 1973 dan sejak 1 November 1991 mula menabur khidmat di Jabatan Muzium Malaysia sehinggalah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Pengarah mulai 1 Mac 2008. Datuk Ibrahim Ismail menyatakan bahawa tugas yang disandang itu tidak hanya terhad kepada aspek permuziuman, malah merangkumi pelbagai urusan pentadbiran, kewangan serta pengurusan sumber manusia. Pelbagai dugaan dan cabaran telah ditempuhi Ibrahim sepanjang berkhidmat dengan Jabatan Muzium Malaysia terutamanya dalam menjadikan muzium-muzium di bawah kendalian beliau sebagai daya tarikan dan destinasi utama pelancongan di negara kita seperti diceritakan kepada wartawan NORHAFIZAN ZULKIFLI ketika bertemu di pejabatnya, baru-baru ini.
Baca selanjutnya… »
Ditulis oleh: Admin Kategori: Umum
Oleh : NURAINN AZHAR
Akhbar : Sinar Harian
Mimpi, roh, adat, mitos dan sistem kosmologi terlalu sinonim dalam kehidupan seharian masyarakat orang asli sehingga kini. Kemajuan sesebuah negara dalam segala aspek tidak pernah menjadi penghalang mereka untuk teruskan amalan tradisi dan kepercayaan yang diturunkan daripada nenek moyang sejak dahulu kala. Roh dan semangat dijadikan sebagai asas kepercayaan. Bertitik tolak dari kepercayaan animisme, kini masyarakat Orang Asli sedang mengalami dinamisme. Tidak menolak kepada kemajuan dan pembangunan tetapi selari dengan wawasan dan aspirasi negara menuju sebuah negara maju serta moden dan mereka juga tidak ketinggalan. Di sebalik penerimaan arus pemodenan, Orang Asli masih tetap teguh memelihara warisan dan terus kental mempertahankan tradisi nenek moyang mereka. Masyarakat kita umum menyedari akan kewujudan komuniti tersebut tetapi tidak mendapat gambaran jelas berkaitan rutin seharian kehidupan Orang Asli. Menyedari hakikat itu, Muzium Negara mengambil inisiatif untuk menganjurkan pameran Orang Asli bertemakan “Kepercayaan dan Tradisi” bermula dari 20 April hingga 21 Jun depan. Pengunjung dapat merasai suasana kehidupan dan rutin harian Orang Asli sepanjang berada di pameran itu berikutan dekorasi yang disediakan seakan-akan berada dalam perkampungan mereka.
Baca selanjutnya… »

OLEH
AZNI HUSAIRI
nor.azni @ karangkraf.com.my
Akhbar: ILuvIslam
Luv : Boleh ceritakan sedikit pengalaman sebelum bergelar Ketua Pengarah di Jabatan Muzium Malaysia?
Saya mula berkerja dengan muzium pada 1991 sebagai Pegawai Eksekutif Kanan di Jabatan Muzium dan Antikuiti. Pada awalnya saya mengendalikan hal-hal pentadbiran, kewangan dan sumber manusia. Namun, memandangkan saya ada ijazah dan dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab seperti yang diharapkan, Ketua Pengarah pada masa itu menasihati saya memohon jawatan Kurator. Disebabkan dorongannya, saya pun memohon dan berjaya menjawat jawatan kurator pada 1993. Kemudian saya ditugaskan mengetuai Unit Penguatkuasaan. Selepas lebih kurang enam bulan, saya ditukarkan ke Muzium Perak. Pertukaran tersebut merupakan suatu pengiktirafan sebab saya menjadi kurator Melayu pertama bertugas di situ.
Baca selanjutnya… »